Tuesday, 26 April 2011

Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Jajahan Jeli

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Jajahan Jeli telah diadakan pada 19 April 2011. Seramai 6 orang peserta telah menyertai pertandingan ini. Majlis Tilawah ini diadakan di Masjid Mukim Ganir Bukit Jering Kuala Balah. Khairul Azwar Bin Alias daripada Kampung Dendong Batu Melintang Jeli telah memenangi tempat pertama.
Manakala tempat kedua dimenangi oleh Mohd Ruslan daripada Pusat Kesihatan Jeli dan tempat ketiga dimenangi oleh abdul Waha bin Mat Zain dari Kampung Wakaf Zin, Ayer Lanas.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBrs Tuan Haji Abdul Manan bin Ali.




No comments:

Post a Comment